Tornado 'terbangkan' sotong kurita, tapak sulaiman di Qingdao - Berita Dunia | mStar

Tornado 'terbangkan' sotong kurita, tapak sulaiman di Qingdao

Diterbitkan: Ahad, 17 Jun 2018 4:22 PM

Kredit gambar: AsiaWire

(Ubah saiz teks)

SUKAR dipercayai, tetapi itulah yang berlaku apabila sotong kurita dan tapak sulaiman berterbangan di udara selepas 'disedut' oleh ribut yang kuat.

Angin tornado mengganas di bandar pesisir pantai, Qingdao, China sehingga menyebabkan hidupan marin berputar-putar di dalam puting beliung.

Beberapa gambar yang dikongsikan di laman sosial menunjukkan haiwan laut tersebut terpelanting ke atas cermin kenderaan orang awam.

Menurut Pentadbiran Meteorologi Qingdao, keadaan cuaca buruk itu dirakam pada lewat tengahari Selasa lalu.

Kelajuan angin direkodkan pada 34.8 batu sesaat. - NY Post

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan