Program TV kejam, hempas ikan hidup atas lantai dikecam - Berita Dunia | mStar

Program TV kejam, hempas ikan hidup atas lantai dikecam

Diterbitkan: Jumaat, 15 Jun 2018 10:01 AM

(Ubah saiz teks)

SEBUAH program memasak menjadi kontroversi minggu ini apabila menyiarkan beberapa selebriti wanita memasak ikan yang masih hidup dan belum disiang.

Program ini menunjukkan ikan dibunuh dengan menghempaskannya ke lantai dan dicampak hidup-hidup ke dalam kuali panas.

Pihak Berkuasa Komunikasi (CA) Hong Kong mengesahkan mereka telah menerima lebih dari 800 aduan mengenai program Cooking Beauties yang disiarkan di TVB.

Pemerhati penyiaran berkata aduan berkenaan prihatin terhadap 'dakwaan kekejaman terhadap haiwan, pembaziran makanan, sensasi, kesan buruk pada kanak-kanak dan remaja dan adegan yang mengganggu alam sekitar."

Mereka memberitahu Coconuts HK: "CA akan menangani aduan mengikut prosedur yang ditetapkan."

Program pertunjukan memasak itu menjemput selebriti wanita tempatan dan menugaskan mereka memasak hidangan yang rumit, yang mana sebahagian besarnya menunjukkan peserta mempunyai kemahiran pengendalian makanan yang teruk.

Menurut laman web Stand News, episod itu disiarkan pada Sabtu, 9 Jun apabila tiga selebriti wanita ditugaskan memasak ikan kerapu harimau.

Satu kenyataan yang diedarkan oleh dua kumpulan Facebook Happy Animal Lab dan Persatuan Vegan Hong Kong melihat isu bagaimana rancangan itu menyiarkan kaedah salah dan tidak cekap yang digunakan peserta selebriti untuk membunuh ikan sebelum dimasak.

Ada yang yang terus dicampak ke dalam air panas manakala ada juga yang menghempaskannya ke lantai. Kenyataan itu mengutuk 'kesakitan yang tidak perlu kepada haiwan'.

Ia juga mengkritik pembaziran makanan yang digambarkan untuk menaikkan rating, menyatakan berapa banyak hidangan untuk program itu akhirnya tidak boleh dimakan dan dibuang.

Dalam episod pada Sabtu, penyanyi Cantopop Joey Wong, yang dikenali sebagai JW ditugaskan untuk menyediakan puyuh sumbat.

Menurut klip yang dimuat naik di on.cc, panel juri tidak gembira dengan hasilnya, memanggil hidangan itu menjijikkan, dengan seorang daripadanya menyamakannya dengan tong sampah.

"Apabila ikan dan krustasia yang masih hidup dihemnpaskan di atas lantai atau periuk panas serta tak dapat buat apa-apa, penonton tidak sedar kesakitannya. Disebabkan ia tak bersuara, para penonton mengabaikan kesakitannya," menurut kenyataan itu.

"Jika haiwan itu digantikan oleh babi, seekor ayam atau seekor lembu, adakah penonton masih menganggapnya menarik?."

Sejak itu kenyataan itu telah dikongsi lebih dari 2,000 kali di Facebook, mendesak CA untuk memberitahu TVB supaya menghentikan penyiaran program itu.

"Sama ada vegetarian atau makan daging, program yang menunjukkan kekejaman terhadap haiwan sama sekali tidak dapat diterima."

Netizen juga sependapat bahawa TVB menyiarkan program 'sampah' dan 'berkualiti rendah' dan ada juga melihatnya bersifat seksis.

Tags / Kata Kunci: dera haiwan , Cooking Beauties
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan