Mekap sampai 'eyeliner' tercucuk mata! - Berita Dunia | mStar

Mekap sampai 'eyeliner' tercucuk mata!

Diterbitkan: Khamis, 14 Jun 2018 9:44 AM

(Ubah saiz teks)

NASIB malang menimpa seorang wanita di baru-baru ini.

Perkhidmatan kecemasan di Bangkok, Thailand, dipanggil untuk ke lokasi kemalangan kecil di daerah Ratchathewi.

Sebuah teksi telah melanggar belakang sebuah trak yang sedang bergerak perlahan, dengan penumpang di belakang mengalami kecederaan di mata kirinya.

Penyelamat melaporkan bahawa wanita itu sedang bersolek menggunakan 'eyeliner' (pembayang mata) apabila kemalangan itu berlaku, jadi pensil yang digunakan tercucuk dalam kelopak matanya.

"Matanya tidak luka tetapi ada darah dapat dilihat, tak banyak, keluar dari hidungnya, kerana kedua-dua organ itu begitu dekat," sukarelawan penyelamat Thanabodee Sabbodi memberitahu Amarin TV.

"Dia masih sedar apabila kami tiba dan boleh bercakap."

-foto Amarin TV

Bagaimanapun, wanita itu mengalami kesakitan yang teruk dan penyelamat tidak mempunyai kepakaran perubatan untuk merawat luka tersebut, jadi dia terpaksa dibawa ke Hospital Rajavithi yang berdekatan.

Doktor di sana segera melakukan pembedahan dan berjaya mengeluarkan pensil tersebut.

Dalam keadaan seperti ini, wanita itu boleh menganggap dirinya bertuah.

Walaupun separuh daripada bahagian pensil itu menusuk ke dalam matanya, ia hanya terkena sclera, bahagian putih mata, jadi ia tidak menyebabkan penglihatannya mengalami kerosakan kekal.

Coconuts Bangkok melaporkan bahawa, wanita yang tidak didedahkan identitinya itu kini mampu membuka mata kirinya dan dijangka pulih sepenuhnya dalam masa terdekat.

Tags / Kata Kunci: alat solek , mekap kereta
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan