Akibat ubat pelali, beruang terperangkap 20 meter atas pokok - Berita Dunia | mStar

Akibat ubat pelali, beruang terperangkap 20 meter atas pokok

Diterbitkan: Rabu, 13 Jun 2018 10:36 AM

(Ubah saiz teks)

MICHIGAN: Akibat tindak balas ubat pelali, seekor beruang hitam menjadi agresif dan memanjat pokok ke dahan lebih tinggi.

Sebelum itu, sepasukan anggota bomba di sini telah dipanggil untuk menyelamatkan seekor beruang hitam yang terperangkap di atas pokok baru-baru ini.

Satu rakaman video menunjukkan beruang hitam itu dalam keadaan tergantung setinggi hampir 20 meter di atas pokok sebelum berjaya diturunkan oleh anggota bomba menggunakan tali.

Seorang pegawai berkata, Jabatan Sumber Asli (DNR) pada mulanya menerima panggilan mengenai beruang berkenaan dan berusaha menangkap haiwan itu menggunakan ubat pelali.

“Selepas ditembak, beruang itu menjadi agresif dan memanjat pokok dengan lebih tinggi menyebabkan kita terpaksa meminta pertolongan anggota bomba untuk membawa turun,” katanya.

Selepas berjaya dibawa turun, anak beruang hitam itu dilepaskan di habitat asalnya oleh DNR.
Tags / Kata Kunci: beruang , DNR
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan