Roda 'tarik' lengan baju, budak 5 tahun hilang tangan - Berita Dunia | mStar

Roda 'tarik' lengan baju, budak 5 tahun hilang tangan

Diterbitkan: Sabtu, 9 Jun 2018 2:20 PM

(Ubah saiz teks)

SEORANG budak perempuan berusia lima tahun hilang lengan kiri selepas lengan baju sejuknya tersangkut di roda belakang motosikal yang ditunggang ibunya.

Chalongkrung Suwanbutr, penyelamat di daerah Muang, Surin, Thailand berkata kemalangan itu berlaku di Jalan Pattamanon di Tambon Nai Muang.

Suwanbutr menceritakan kisah tragis kanak-kanak itu dalam Facebooknya pada pukul 7.46 petang Khamis.

Postingnya telah dikongsi secara meluas oleh pengguna Facebook yang menyatakan simpati terhadap kanak-kanak malang itu.

Suwanbutr berkata dia memuat naik posting itu untuk memberi amaran kepada ibu bapa supaya berhati-hati semasa menunggang motosikal dengan anak-anak mereka yang menjadi pembonceng.

Katanya, baju sejuk merah jambu kanak-kanak itu tersangkut pada roda motosikal, sekali gus membuatkan tangannya tertarik masuk di dalam roda yang sedang berpusing sehingga terputus.

Dia bertindak meletakkan lengan kanak-kanak itu di dalam ais dan bergegas ke Hospital Surin tetapi sudah terlambat untuk menyambung semula anggota badannya.

Kanak-kanak itu dilaporkan selamat tetapi diletakkan di bawah pemerhatian doktor. -Nation

Tags / Kata Kunci: kemalangan , pembonceng
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan