Pereka fesyen Kate Spade mati bunuh diri - Berita Dunia | mStar

Pereka fesyen Kate Spade mati bunuh diri

Diterbitkan: Rabu, 6 Jun 2018 10:32 AM

Kate Spade. Foto AP

(Ubah saiz teks)

PEREKA fesyen terkemuka, Kate Spade, 55, meninggal dunia selepas dilaporkan membunuh diri di kediamannya di Park Avenue di New York, Amerika Syarikat pada pagi Selasa.

Kate ditemui dalam keadaan menggantungkan diri menggunakan skarf oleh pembantu rumah.

Pereka tersebut memberitahu anak tunggalnya yang berusia 13 tahun bahawa ia bukan kesilapannya di atas perkara yang berlaku.

Perkara itu disampaikan menerusi nota bunuh diri yang ditujukan kepada anak perempuannya, yang dijumpai berdekatan dengan mayatnya.

Kate mula menempa nama pada pertengahan 80an dengan himpunan beg tangan rekaannya.

Dalam satu kenyataan, keluarga Spade berkata: 'Kami semua berduka cita dengan tragedi hari ini. Kami amat menyayangi Kate dan akan merindukannya teramat sangat. Kami meminta agar privasi kami dihormati kerana kami bersedih dalam waktu yang sangat sukar ketika ini."

TMZ melaporkan note itu menyebut: "Bea - Saya sentiasa menyayangimu. Ini bukan kesilapan awak. Tanya ayah!"

Menurut polis, suami Kate, Andy berada di kediaman mereka semasa kejadian berlaku. - Mail Online UK

Tags / Kata Kunci: Kate Spade
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan