Tuah wanita pokai kini isteri jutawan Rusia - Berita Dunia | mStar

Tuah wanita pokai kini isteri jutawan Rusia

Diterbitkan: Selasa, 29 Mei 2018 12:19 PM

(Ubah saiz teks)

SEBUAH rancangan yang dikenali sebagai Millionaire for Marriage menyaksikan bagaimana jutawan, Konstantin Scherbinin telah membenarkan anak-anaknya untuk memilih calon isteri keenam untuk dirinya.

Menerusi program itu, lima anaknya memilih Yulia Sveshnikova, 29, sebagai ibu tiri mereka.

Anak-anak Scherbinin berusia antara 15 hingga 35 tahun. Dua daripada mereka lebih tua daripada Yulia.

Dengan kemenangan itu, Yulia akan menjalani kehidupan mewah di Moscow dan Los Angeles dan menikmati kereta mewah, kapal layar dan jet peribadi.

Wanita itu tiba di Moscow tiga tahun lalu tanpa sebarang duit dari Khabarovsk, sebuah bandar yang jauh dari timur Siberia.

Sejak itu, dia menjadi pelajar dan turut bekerja separuh masa sebagai pengurus acara.

"Saya seorang yang berani. Saya buat keputusan untuk ke Moscow walaupun tiada duit. Tak semua berani melakukan perkara seperti ini.

"Ya, hari ini saya menang. Ini cincin saya. Sayalah pemenang," ujar Yulia sambil menunjukkan cincin berlian bernilai £36,500 (RM193,6188).

Sementara itu, Scherbinin yang juga suami Yulia berkata, Yulia adalah wanita yang hebat.

Namun, dia bimbang akan berlaku konflik dengan anaknya walaupun mereka sendiri yang memilih wanita itu.

"Saya ada anak-anak sahaja. Tapi hari ini saya pilih kamu. Saya gembira kerana akhirnya bertemu dengan wanita yang tidak perlukan wang tapi mahu hati saya sahaja," ujar jutawan itu.

Yulia mengalahkan dua peserta akhir iaitu Maria Praim, 30 dan Anna Kim, 34.

Tags / Kata Kunci: Yulia , Scherinin , Moscow
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan