Pihak berkuasa penerbangan Thailand keluar amaran Ebola - Berita Dunia | mStar

Pihak berkuasa penerbangan Thailand keluar amaran Ebola

Diterbitkan: Isnin, 28 Mei 2018 4:33 PM

Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Thailand (CAAT) telah mengeluarkan amaran kepada rakyatnya yang melakukan perjalanan selepas wabak Ebola melanda beberapa negara Afrika, lapor Agensi Berita Thailand (TNA).

Amaran CAAT merupakan susulan pengumuman antarabangsa oleh ICAO (Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa) selepas ia dimaklumkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkaitan penularan wabak Ebola di Congo.

Sehingga 15 Mei, sejumlah 44 kematian akibat Ebola telah dilaporkan di Congo.

ARTIKEL BERKAITAN: Angka kematian akibat Ebola meningkat di Congo

CAAT memberi amaran kepada semua rakyat Thailand yang melakukan perjalanan agar lebih berhati-hati kerana WHO telah mengkategorikan penularan wabak Ebola di Congo sebagai "amat tinggi." 

Sementara itu, pihak berkuasa Congo dilaporkan melakukan saringan paling intensif ke atas penumpang yang berlepas dari Lapangan Terbang Kinshasa. - Bernama

Tags / Kata Kunci: CAAT , ebola
   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan