Jambangan gergasi wang kertas lebih RM200,000 kejutan buat teman wanita - Berita Dunia | mStar

Jambangan gergasi wang kertas lebih RM200,000 kejutan buat teman wanita

Diterbitkan: Sabtu, 26 Mei 2018 1:35 PM

(Ubah saiz teks)

WANG tidak boleh beli cinta, tetapi kata-kata itu tidak menghalang seorang pemuda menghadiahkan sejambak 'bunga' berasaskan wang kertas bernilai lebih 334,000 yuan (RM208,206).

Kejutuan itu dibuat teman lelaki seorang wanita di bandar Chongqing, China sempena sambutan hari lahirnya di sebuah hotel pada Khamis, lapor Chongqing Morning Post.

Bagaimanapun, identiti pasangan itu tidak didedahkan dalam laporan itu.

Pekerja kedai bunga di bandar itu memberitahu, majlis istimewa itu diadakan pada 16 Mei lalu.

"Gubahan jambangan bunga itu disiapkan tujuh pekerja dan ia hanya selesai selepas lebih 10 jam," kata pekerja itu lagi.

Seorang tetamu pada majlis itu berkata: "Lelaki itu benar-benar mencintai teman wanitanya," katanya.

Bagaimanapun, timbul persoalan sama ada tindakan lelaki itu melanggar undang-undang dan boleh mengakibatkan dia berdepan kesalahan jenayah.

Pengurus cawangan People's Bank of China berkata, banyak cara untuk meluahkan rasa cinta kepada seseorang tanpa melanggar undang-undang.

"Menggunakan wang kertas untuk dijadikan jambangan bunga seharusnya dilarang," katanya.

Tags / Kata Kunci: yuan , Chongqing
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan