Restoran India diletup, dua lelaki bertopeng dicari - Berita Dunia | mStar

Restoran India diletup, dua lelaki bertopeng dicari

Diterbitkan: Jumaat, 25 Mei 2018 4:24 PM

(Ubah saiz teks)

TORONTO: Dua lelaki tidak dikenali meletupkan sebuah restoran India di bandar Mississauga, Kanada pada Khamis, menyebabkan ramai cedera.

Sekurang-kurangnya 15 orang terpaksa dikejarkan ke hospital dengan tiga daripadanya kritikal, menurut twitter Perkhidmatan Paramedik Wilayah Peel, lapor agensi berita Xinhua.



Polis berkata, suspek yang memakai penutup kepala dan topeng muka dalam lingkungan umur pertengahan 20-an itu, melarikan diri dari tempat kejadian sejurus selepas melakukan serangan.

Mississauga adalah bandar keenam terbesar di wilayah Ontario Kanada, bersempadan dengan Toronto.

Tags / Kata Kunci: Bom , restoran India
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan