Pesawat pelatih tentera terhempas di Thailand - Berita Dunia | mStar

Pesawat pelatih tentera terhempas di Thailand

Diterbitkan: Rabu, 23 Mei 2018 8:11 AM

Bangkai pesawat yang terhempas di Thailand pada Selasa. Foto Assawin Pinitwong/Bangkok Post

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Sebuah pesawat pelatih Tentera Udara Diraja Thailand (RTAF) terhempas ketika menjalani latihan di wilayah Tak di utara Thailand pada Selasa, mengorbankan juruterbang sementara pembantu juruterbang cedera parah.

Jurucakap RTAF Pongsak Semachai dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa berkata, nahas itu berlaku apabila jet L-39 itu dalam penerbangan latihan sebelum terhempas berhampiran padang golf  di daerah Sam Ngao di wilayah Tak.

Juruterbang yang maut dikenali sebagai Ketua Skuadron Kruekkit Suwanno dan pembantu juruterbang Kapt Jeerasak Namwongsri cedera parah dalam insiden itu yang berlaku kira-kira 2.50 petang (waktu tempatan), katanya.

Pesawat yang mempunyai satu enjin dan dua tempat duduk itu baru sahaja berlepas dari pangkalan udara Wing 41 di Chiang Mai apabila insiden itu berlaku.

Semachai berkata, RTAF akan menjalankan siasatan menyeluruh mengenai insiden tersebut untuk mengenal pasti punca nahas. - Bernama

Tags / Kata Kunci: RTAF
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan