Putera Harry mahu lawat bapa mertua di Mexico - Berita Dunia | mStar

Putera Harry mahu lawat bapa mertua di Mexico

Diterbitkan: Isnin, 21 Mei 2018 3:08 PM

(Ubah saiz teks)

PUTERA Harry dan Meghan dilaporkan akan berlepas ke Mexico untuk melawat bapa isterinya, Thomas Markle yang kurang sihat untuk menghadiri majlis perkahwinan mereka.

Pewaris keenam takhta Britain itu belum pernah bertemu dengan bapa mertuanya yang baru sahaja pulih selepas menjalani pembedahan jantung.

Namun masih tidak diketahui bila pasangan diraja itu akan berlepas ke Mexico.

Sumber memberitahu The Sun:"Meghan kecewa kerana bapanya tidak dapat hadir ke majlis perkahwinannya dan berbincang untuk berjumpa antara satu sama lain dalam masa terdekat.

"Mereka juga berbual sepanjang minggu, kebanyakannya menerusi pesanan mesej.

Thomas baru sahaja menjalani pembedahan jantung.

"Thomas memberitahu ahli keluarganya yang lain bahawa dia berharap Meghan dan Harry datang bertemu dengannya.

Bapa Meghan kerap berhubung dengan laman web gosip Amerika, TMZ sepanjang minggu lalu untuk memaklumkan perkembangan terkini keadaan kesihatanya dan bercakap mengenai perkahwinan anak perempuannya.

Malah dia turut mendedahkan ada menghantar mesej pada hari perkahwinan Meghan dengan memberitahu dia amat menyayanginya.

Thomas hanya menyaksikan perkahwinan anaknya itu di TV dari hospital, lokasi dia menjalani pembedahan jantung.

"Majlis perkahwinan itu amat indah dan ia menjadi sejarah. Saya sentiasa kecewa kerana tidak dapat berada di sana dan tidak berpeluang memegang tangan anak perempuan saya," katanya kepada TMZ.

Doria (kiri) berjalan beriringan dengan Putera Charles dan Camilla.

Ibu Meghan, Doria Ragland berlepas dari Los Angeles untuk hari bahagia anak perempuannya itu.

Malah gambarnya bersama Meghan menuju Istana Windsor dan sedang berbual dengan Putera Charles turut berjaya dirakam jurugambar.

Tags / Kata Kunci: Meghan Markle , Putera Harry
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan