Jho Low diarah serah kapal layar mewah - Berita Dunia | mStar

Jho Low diarah serah kapal layar mewah

Diterbitkan: Rabu, 16 Mei 2018 11:45 AM

(Ubah saiz teks)

LOS ANGELES: Ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low diarahkan untuk mengembalikan kapal layar mewah bernama The Equanimity miliknya kepada pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) yang merancang membawanya dari Indonesia dan menjualnya di AS.

Kapal mewah itu dianggarkan bernilai AS$250 juta (RM989 juta).

Semalam, hakim di Los Angeles, Dale Fisher berkata perintah tersebut tidak menyekat kedaulatan Indonesia di mana sebuah mahkamah bulan lalu mengarahkan kapal layar tersebut dikembalikan kepada Jho Low selepas mendapati penyitaan polis tempatan atas arahan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) tidak sah.

"Ini bukan isu kerajaan AS menyita harta secara paksa dalam negara asing tanpa kuasa sewajarnya dari kerajaan negara itu," kata Fischer.

Sehubungan itu, Fischer mengarahkan pihak yang mempunyai hak milik ke atas kapal layar itu mewakili Jho Low memulangkan kapal tersebut tanpa penyitaan oleh AS di perairan Indonesia.

Pada masa sama, pihak itu boleh mematuhi perintah berkenaan atau sebaliknya, bergantung kepada 'akibat' yang mereka mahukan.

Malah pihak terbabit turut diberi tempoh selama 30 hari untuk mencabar keputusan tersebut kerana sifat prosiding yang unik.

Kapal mewah itu dirampas oleh pihak berkuasa Indonesia pada bulan Februari atas permintaan AS.

Equanimity adalah antara aset-aset bernilai lebih AS$1.5 bilion yang didakwa oleh Amerika Syarikat dibeli dengan menggunakan dana 1MDB secara tidak sah.

Tags / Kata Kunci: kapal layar , Jho Low
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan