Melania Trump dibedah akibat ketumbuhan - Berita Dunia | mStar

Melania Trump dibedah akibat ketumbuhan

Diterbitkan: Selasa, 15 Mei 2018 11:32 AM

(Ubah saiz teks)

WASHINGTON: Wanita pertama Amerika Syarikat (AS), Melania Trump menjalani pembedahan buah pinggang akibat ketumbuhan.

Rumah Putih mengesahkan rawatan yang dilaluinya wanita berusia 48 tahun itu bukan barah 'benigna'.

Pengarah komunikasi Stephanie Grisham berkata, Melania menjalani prosedur embolisasi untuk membuang ketumbuhan.

Isteri Presiden AS, Donald Trump itu akan dirawat di sebuah hospital tentera selama seminggu.

"Prosedur berjalan lancar tanpa sebarang komplikasi.

"Wanita Pertama tidak sabar untuk pulih sepenuhnya dan meneruskan tugas seperti biasa," kata Grisham.

Presiden Donald Trump telah menaiki helikopter untuk meluangkan masa melawat isterinya di Pusat Perubatan Tentera Kebangsaan Walter Reed beberapa jam selepas pembedahan selesai.

Menerusi temubual bersama media pada 2016, Melania mengakui sentias menjaga kesihatan dirinya terutama kulit dan tubuhnya.

"Saya menentang Botox, juga suntikan kerana ia boleh merosakkan wajah dan saraf.

"Saya mahu mencapai usia tua dalam keadaan semulajadi, sama seperti mana ibu saya," katanya.-TheNewYorkTimes

Tags / Kata Kunci: Melania , benigna
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan