PM Britain ucap tahniah kepada Dr Mahathir - Berita Dunia | mStar

PM Britain ucap tahniah kepada Dr Mahathir

Diterbitkan: Sabtu, 12 Mei 2018 7:43 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Britain, Theresa May menzahirkan ucapan tahniah kepada Tun Dr Mahathir Mohamad atas pelantikannya sebagai perdana menteri Malaysia ketujuh.

Dalam catatan Twitter rasmi Perdana Menteri Britain, beliau berkata:“Tahniah saya kepada Dr Mahathir @chedetofficial atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri Malaysia.

“Ini adalah keputusan bersejarah dan saya tidak sabar untuk membina hubungan dua hala yang kukuh,” menurut catatan tersebut.

Dr Mahathir, yang memimpin Pakatan harapan (PH), mengejutkan politik negara apabila berjaya menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memerintah negara selama 60 tahun.

Pemimpin berusia 92 tahun itu mencipta sejarah apabila dilantik menjadi perdana menteri buat kali kedua selepas memegang jawatan itu selama 22 tahun dari 1981 hingga 2003 dan juga muncul sebagai  perdana menteri tertua di dunia.- Bernama

Tags / Kata Kunci: Theresa May , Britain
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan