Guru 'panjat' meja, pijak, lempang pelajar tidur dalam kelas - Berita Dunia | mStar

Guru 'panjat' meja, pijak, lempang pelajar tidur dalam kelas

Diterbitkan: Ahad, 6 Mei 2018 4:14 PM

-foto FB Regie Eller

(Ubah saiz teks)

RAKAMAN mengejutkan muncul menunjukkan seorang guru berdiri di atas meja dan kemudian menampar serta menarik rambut seorang pelajar yang sedang tidur.

Lisa Houston, yang telah mengajar di sekolah di South Carolina, AS, selama 27 tahun akhirnya bersara selepas video dia cuba mengejutkan pelajar yang sedang tidur itu tular.

Ia menunjukkan Houston menghentak meja pelajar lelaki itu dengan kakinya di dalam kelas, menamparnya dan menarik rambutnya dalam usaha mengejutkan pelajar itu dari tidur.

Pelajar lain dapat didengari hanya ketawa ketika wanita itu memijak dada rakan mereka dan menyandarkan untuk dilempang.

-foto FB Regie Eller

Pelajar lelaki dalam video itu, yang dirakamkan bulan lalu, berulang kali cuba untuk meletakkan kepalanya di meja untuk kembali tidur.

Houston mendakwa walaupun video itu nampak teruk, tindakannya telah dilihat di luar konteks.

"Jika kamu tanya kepada mana-mana pelajar saya, mereka akan beritahu bahawa saya 'sekepala' dengan mereka, membuatkan mereka terus berjaga dan saya sentiasa ketawa dengan mereka dalam kelas," katanya dalam satu kenyataan kepada WYFF.

"Sekiranya kamu tak tahu situasi, tak tahu apa yang sedang berlaku, ia bukanlah tindakan yang jahat. Ia melucukan.

"Saya mahu orang ramai tahu bahawa saya suka dengan pelajar itu dan hubungan kami sangat baik, saya tak akan buat apa-apa untuk menyakitinya."

Peletakan jawatannya mencetuskan protes besar-besaran daripada pelajar yang mahu dia dikembalikan semula.

Bapa remaja dalam video itu, Julian Johnson, berkata tidak seorang pun daripada mereka meminta guru itu dikenakan tindakan disiplin.

Dia memberitahu Fox Carolina: "Anak saya tidak ada kaitan dengannya, dia letih dan tertidur. Saya tidak menghubungi sekolah minta dia dipecat, saya harap ia akan berlalu dan tidak pernah berlaku."

Satu petisyen telah dibuat untuk mempertahankan tindakan Houston mendakwa dia secara salah dituduh menyakiti dan menganiaya pelajar.

Tags / Kata Kunci: guru , pelajar tidur
   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan