Maut gara-gara mahu selfie dengan beruang - Berita Dunia | mStar

Maut gara-gara mahu selfie dengan beruang

Diterbitkan: Sabtu, 5 Mei 2018 5:45 PM

(Ubah saiz teks)

SEORANG pemandu teksi maut selepas menghentikan kenderaan yang dipandunya semata-mata mahu bergambar dengan seekor beruang.

Ketika kejadian, Prabhu Bhatara dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas menghadiri majlis perkahwinan.

Namun dia tiba-tiba keluar dari kenderaan SUV dipandunya kerana mahu pergi ke tandas sebelum ternampak seekor beruang dalam keadaan cedera.

Penumpang Bhatara memberitahunya supaya tidak mendekati haiwan tersebut semata-mata mahu berselfie tetapi dia tidak mengendahkan nasihat tersebut.

Bhatara menghampiri beruang itu dan kemudiannya diserang.

Seekor anjing liar cuba bertarung dengan beruang itu untuk menyelamatkan Bhatara tetapi gagal.

Beberapa pekerja perhutanan terpaksa menenangkan beruang terbabit supaya mereka dapat menghampiri mayat Bhatara.

Menurut saksi, beruang terbabit mahu minum air dari sebuah kolam sebelum didekati mangsa.

Bhatara disahkan meninggal dunia serta merta di tempat kejadian.

Insiden itu berlaku dekat Papadahandi di daerah Nabarangpur, Odisha, India pada Rabu lalu.

Tags / Kata Kunci: selfie , beruang
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan