Tumor ovari 60kg akhirnya dikeluarkan daripada wanita AS - Berita Dunia | mStar

Tumor ovari 60kg akhirnya dikeluarkan daripada wanita AS

Diterbitkan: Jumaat, 4 Mei 2018 12:20 PM

Tumor seberat hampir 60kg dibuang daripada seorang pesakit wanita di Connecticut, AS. - CNN

(Ubah saiz teks)

TUMOR seberat hampir 60 kilogram (kg) dibuang daripada seorang wanita berusia 38 tahun di Connecticut, Amerika Syarikat (AS), menurut dua doktor yang mengendalikan kesnya.

Pesakit yang enggan dikenali itu dilaporkan tumor tersebut mula membesar kira-kira 4.5kg seminggu pada November lalu.

Sebuah pasukan perubatan termasuk 12 pakar bedah membuang tumor tersebut melalui pembedahan yang berlangsung selama lima jam, 14 Februari lalu.

Menurut pakar onkologi dan sakit puan, Dr. Vaagn Andikyan yang mengetuai pembedahan yang dilakukan di Hospital Danbury itu, tumor yang dibuang itu berpunca daripada ovari kiri pesakit.

"Kami membuang ovari kiri, tiub (fallopian) kiri dan tisu peritoneal yang terjejas pada tubuh pesakit.

"Tumor pada ovari itu menjadi semakin besar dan ia jarang berlaku. Ia mungkin antara 10 atau 20 tumor sebesar ini yang dibuang di dunia," kata Andikyan.

Menurut pengerusi obstetrik dan sakit puan di Jaringan Kesihatan Barat Connecticut, walaupun tumor itu secara teknikalnya adalah 'benign' dan tidak bersifat kanser, ia tidak merebak ke luar ovari pesakit.

Ia menekan saluran darah berhampiran dan boleh mengancam nyawanya.

"Terdapat banyak masalah yang berkaitan dengan tumor yang sangat besar di abdomen.

"Dia tidak boleh makan, berjalan, dan ada masalah yang berkaitan dengan potensi komplikasi dengan tumor yang besar menyempitkan sistem vena," kata Chuang.

Tags / Kata Kunci: tumor ovari
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan