Kawan tak sangka 'Mr Bean sepanjang masa' tiba-tiba popular - Berita Dunia | mStar

Kawan tak sangka 'Mr Bean sepanjang masa' tiba-tiba popular

Diterbitkan: Jumaat, 4 Mei 2018 1:33 PM

-foto Unilad

(Ubah saiz teks)

ANDA mungkin fikir seorang Mr Bean sudah cukup!

Tetapi kini muncul pula Mr Bean versi Pakistan.

Dirakamkan di Dubai, ahli silap mata Omar Farooq telah bertemu dan merakamkan video pendek sahabatnya yang meniru pelbagai watak, tanpa mengetahui dunia akan kagum dengan rakamannya itu.

Dalam tempoh sejam pertama video itu dimuat naik di Unilad, ia ditonton sebanyak 625,000 kali, 13,000 perkongsian dan mendapat 37,000 reaksi.

Ini kerana ramai yang tidak percaya Mr Bean Pakistan itu dapat meniru watak terkenal yang dibawakan oleh Rowan Atkinson dengan begitu baik sekali.

"Dia kawan baik saya yang berpusat di Karachi, Pakistan. Dia dikenali sebagai Mr Bean Pakistan. Dia berada di Dubai untuk satu majlis ketika saya berjumpa dengannya dan saya hanya ambil video pendek.

"Kalau saya tahu ia dapat sambutan hebat, saya akan ambil video yang lebih baik.

"Anda boleh kata dia adalah Mr Bean sepanjang masa, dia berlakon iklan dan komersil di Pakistan. Dia ada juga buat beberapa kerja berkaitan hartanah, tetapi ya, anda boleh kata dia adalah Mr Bean sepenuh masa," katanya.

Dalam video tersebut anda dapat melihat Mr Bean Pakistan membuat ekspresi muka lucu dan gila-gila serta meniru suara 'Mr Bean asli' dengan baik sebelum mengeluarkan 'Teddy' terkenalnya.

Mr Bean 'tipu' ini sebenarnya bernama Asif, berusia 40-an dan berpengkalan di Karachi.

Menurut Omar, dia 'sangat teruja' apabila videonya tular dan berharap dapat mengambil lebih banyak video.

"Dia telah dijemput dalam satu majlis di Dubai di mana saya berjumpa dengannya.

"Saya terkejut dengan sambutan yang diterima, ini sangat hebat.

"Saya bercakap dengan Asif dan dia kata saya boleh rakam lebih banyak video lagi ketika dia datang ke Dubai, dia sangat teruja," katanya.

Sesetengah netizen benar-benar tertipu dengan video tersebut.

"Mula-mula tengok saya ingatkan dia adalah Rowan aka Bean," tulis seorang pengguna.

Sementara yang lain berkata: "Apabila saya membaca kapsyen barulah saya tahu dia bukan Mr Bean."

Tags / Kata Kunci: Mr bean Pakistan
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan