Kemaluan bentuk aneh bantu polis kenal pasti pesalah seksual di penjara - Berita Dunia | mStar

Kemaluan bentuk aneh bantu polis kenal pasti pesalah seksual di penjara

Diterbitkan: Khamis, 3 Mei 2018 5:26 PM

-foto Pixabay

(Ubah saiz teks)

KEMALUAN aneh seorang pengawal penjara di Brooklyn membantu polis dalam penangkapannya kerana didakwa melakukan serangan seksual terhadap penghuni penjara.

Eugenio Perez dituduh memaksa penghuni wanita melakukan seks oral di Pusat Tahanan Metropolitan.

Pendakwa berkata penerangan yang diberikan mangsa tentang alat sulitnya yang berbentuk aneh membantu pasukan penyiasat mengenal pasti dirinya.

Dalam satu gambaran yang diberikan, ia didapati sepadan dengan alat sulit Perez.

The New York Post melaporkan, seorang bekas penghuni berusia 38 tahun di penjara yang terletak di Sunset Park itu menggambarkan ia sebagai besar, melengkung dan berbau busuk.

Mangsa yang mendedahkan perkara itu tanpa mahu dikenali sedang menjalani hukuman penjara pada masa itu atas tuduhan dadah tetapi kini telah dibebaskan.

Dia mendakwa Perez telah mendekati dirinya ketika dia sedang mendapatkan bekalan untuk mencuci dari pejabat yang tidak diawasi kamera.

-foto Wikimedia

Bagaimanapun dia mengaku sempat memeluknya kerana 'kesepian'.

"Dia cuba paksa saya melakukan seks oral.

"Saya rasa dipergunakan pada masa itu dan saya rasa saya buat silap. Saya perlukan seseorang tetapi bukan dia. Saya hanya kesepian, di penjara anda berasa seperti mati," katanya di mahkamah.

Dia kemudian berlalu pergi tanpa dipaksa lagi melakukan apa-apa oleh lelaki terbabit.

Pendakwa Nadia Shihata semasa perbicaraan berkata: "Kes ini adalah kes mengenai kuasa, peluang dan penyalahgunaan. Eugenio Perez, menggunakan kuasa dan kedudukannya sebagai pegawai penguatkuasa undang-undang di Biro Persekutuan penjara untuk melakukan kesalahan seksual terhadap lima wanita berbeza, tahanan yang diamanahkan di bawah jagaannya.

"Dia merancang agar mereka membersihkan tingkat dua penjara dan meminta meereka melakukan seks oral," katanya.

Rakan tempat kerja Perez, Carlos Richard Martinez telah disabitkan dengan kesalahan merogol seorang penghuni pada Januari dan dihukum penjara.

Pengawal Armando Moronta pada November mengaku bersalah melakukan serangan seksual kepada banduan dan menyeludup dadah.

Tags / Kata Kunci: serangan seksual , banduan
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan