Pemberi maklumat ditawar RM7,841 kalau ada maklumat pemburu rusa - Berita Dunia | mStar

Pemberi maklumat ditawar RM7,841 kalau ada maklumat pemburu rusa

Diterbitkan: Isnin, 30 April 2018 4:44 PM

Gambar dari Polis Oregon.

(Ubah saiz teks)

PEMBURU di wilayah barat Oregon, Amerika Syarikat mungkin bukan seorang pemanah yang baik atau sengaja mencederakan seekor rusa liar sehingga menyebabkan haiwan itu berkeliaran dengan anak panah di leher.

Pegawai hidupan liar dan pihak berkuasa menawarkan ganjaran kepada sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai individu yang bertanggungjawab ke atas insiden itu.

Pada Jumaat, polis dari Jabatan Ikan dan Hidupan Liar Oregon menuju ke kawasan Shady Cove yang terletak kira-kira 475 kilometer dari selatan Portland untuk melaporkan keadaan rusa yang masih hidup itu.

Walaupun rusa itu dilihat masih boleh makan dan berjalan, pihak berkuasa berharap dapat menenangkan haiwan itu sebelum membuang anak panah berkenaan daripada badannya.

"Mereka tidak dapat mencarinya. Seorang polis memberikan reaksi pada petang dan menemukan bukan seekor tetapi dua rusa yang tertusuk anak panah.

"Kecederaan pada rusa itu kelihatan tidak mengancam nyawanya," kata polis Oregon dalam kenyataan yang dikeluarkan Sabtu.

Tidak lama selepas itu, pihak berkuasa menerima laporan kemungkinan terdapat rusa ketiga yang mengalami nasib sama.

Ganjaran sebanyak AS$500 (RM1,960) yang ditawarkan menerusi program 'Turn-in-Poachers' akan diberikan kepada sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kes melibatkan pemilikan haram, membunuh, mengambil, atau menganiayai binatang di negeri itu.

Namun pada Ahad, ganjaran itu telah dinaikkan kepada AS$2,000 (RM7,841) selepas Persatuan Pemburu-Pemburu Oregon menawarkan imbuhan tambahan sebanyak AS$1,500, lapor Oregonian.

Tags / Kata Kunci: rusa
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan