Gadis ‘dikenduri’ lapan lelaki - Berita Dunia | mStar

Gadis ‘dikenduri’ lapan lelaki

Diterbitkan: Jumaat, 27 April 2018 8:51 AM

Lima suspek berjaya ditahan polis termasuk dua remaja yang masih bersekolah.

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Tindakan dua gadis menyertai pesta arak sempena sambutan ulang tahun kelahiran rakan mereka akhirnya mengundang padah apabila salah seorang daripadanya dirogol bergilir-gilir oleh lapan lelaki.

Polis daerah Jombang berkata, kejadian berlaku di sebuah ladang tebu di Desa Badang, Sabtu lalu.

Ketua Polis Jombang, Asisten Komisioner Fadli Widiyanto berkata, kes itu terbongkar selepas mangsa berusia 14 tahun menceritakan kejadian rogol itu kepada ibunya.

"Mangsa adalah rakan kepada salah seorang suspek.

"Dia dirogol ketika semua suspek berada di bawah pengaruh alkohol.

"Akibat perbuatan itu, mangsa mengalami trauma," katanya semalam.

Menurut Fadli, polis berjaya menahan lima lelaki termasuk beberapa inidividu di bawah umur dan memburu suspek yang masih bebas.

"Jika didapati bersalah, kesemua suspek boleh dihukum sehingga 15 tahun penjara," katanya. - DetikNews

Tags / Kata Kunci: rogol , Jakarta
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan