Pencipta kapal selam dipenjara seumur hidup kerana kerat wartawan wanita - Berita Dunia | mStar

Pencipta kapal selam dipenjara seumur hidup kerana kerat wartawan wanita

Diterbitkan: Khamis, 26 April 2018 5:25 PM

Gambar dari The Times.

(Ubah saiz teks)

COPENHAGEN: Pencipta kapal selam Denmark, Peter Madsen, yang mengaku mengerat mayat seorang wartawan wanita Sweden sebelum membuangnya ke dalam laut pada Ogos lepas, telah disabitkan dengan kesalahan membunuh mangsa dan dihukum penjara seumur hidup pada Rabu, lapor agensi berita China Xinhua.

"Berdasarkan semua bukti yang telah dikemuka, mahkamah memutuskan bahawa Madsen bersalah membunuh Kim Wall," kata seorang hakim ketika membacakan keputusan kes itu di Mahkamah Bandaraya Copenhagen.

Pada Oktober lepas, Madsen ketika disoal siasat oleh polis berkata Wall meninggal dunia selepas terhidu karbon monoksida beracun di dek kapal selam yang dibina tertuduh dan dinamakan UC3 Nautilus.

Dia turut mengaku telah mengerat mayat Wall, yang kali terakhir dilihat pada 10 Ogos tahun lepas ketika wanita itu memasuki kapal selam dengan Madsen.

Bagaimanapun, sebelum itu Madsen berkata Wall terbunuh selepas kepalanya ditimpa sebuah pintu berat yang jatuh dan dia telah membuang mayat mangsa ke dalam laut.

Madsen telah diselamatkan sejurus sebelum kapal itu tenggelam dan dibawa pulang ke Copenhagen pada 11 Ogos tahun lepas.

Memetik laporan Bernama, dia kemudian didakwa membunuh Wall dan pihak pendakwaan telah meminta Madsen menjalani ujian penilaian psikiatri.

Polis Copenhagen berkata bahagian kaki, tangan dan kepala Wall telah dibuang dengan sengaja manakala bahagian tubuh mangsa turut diusik untuk menenggelamkannya di dasar lautan.

Tags / Kata Kunci: bunuh wartawan
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan