Bergaya selepas 7 jam bersalin, ini mungkin rahsia Kate! - Berita Dunia | mStar

Bergaya selepas 7 jam bersalin, ini mungkin rahsia Kate!

Diterbitkan: Rabu, 25 April 2018 10:36 AM

Putera William (kiri) dan Kate bersama anak mereka yang baru lahir. Foto PA

(Ubah saiz teks)

DUCHESS of Cambridge melahirkan anak ketiganya di Hospital St Mary di London pada Isnin, tetapi kelihatan bertenaga dan bergaya hanya selepas tujuh jam bersalin.

Malahan difahamkan, Kate Middleton terpaksa melalui operasi selama lima jam untuk melahirkan anaknya.

Bergaya dengan busana merah kasut tumit tinggi, Kate membuat kemunculan bersama Putera William dan anak yang baru lahir itu di hadapan wakil media dan orang ramai.

Pakar bidan memberitahu rehat yang cukup adalah penting untuk proses melahirkan anak, dan Kate memastikan beliau banyak berehat.

Beliau dikatakan membuat persediaan 'bersalin' di kediamannya bagi menggalakkan bayi berada pada kedudukan yang betul bermula usia 34 minggu.

Kate mungkin berlutut di atas lantai, melakukan aktiviti menggunakan bola besar dan sebuah kerusi.

Beliau juga membuat senaman ringan dan renang, yang boleh melegakan otot dan memastikan badan sedia untuk bersalin.

Ibu kepada tiga anak itu melakukan aktiviti renang di kolam renang di Istana Buckingham beberapa hari menjelang kelahiran anak keduanya, Charlotte, dan dipercayai beliau melakukan perkara yang sama kali ini.

Menurut pakar, berenang secara perlahan seperti kuak dada boleh membantu melegakan sakit belakang badan, dengan melancarkan peredaran darah melembutkan otot.

Kate dikatakan mencuba sesi yoga untuk wanita hamil, bagi memperkuatkan otot di bahagian pinggul dan membantu memberi ketenangan minda menjelang hari kelahiran anaknya.Selain persediaan dalaman, Kate juga mengamalkan diet dengan mengambil makanan sihat.

Tahun lalu, Putera William memberitahu Kate mengambil biskut halia yang membantu melegakan rasa mual.

Kate juga mengambil avokado, makanan berlemak yang baik, buah-buahan dan sayur-sayuran segar dan daging tanpa lemak.

Antara lain adalah teknik yang diamalkan Kate ketika proses melahirkan anaknya, iaitu 'hypnobirthing' yang membantu mengurangkan rasa sakit ketika bersalin.

Malah, ia turut mempercepatkan proses penyembuhan selepas melahirkan anak. - Mirror UK

Tags / Kata Kunci: Kate Middleton
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan