Maut selepas bedah plastik payudara - Berita Dunia | mStar

Maut selepas bedah plastik payudara

Diterbitkan: Rabu, 25 April 2018 9:05 AM

Ekaterina Kiseleva. Foto east2west news

(Ubah saiz teks)

SEORANG pesakit yang menjalani pembedahan plastik di Moscow maut selepas melakukan pembedahan di bahagian payudara.

Menurut sumber perubatan, ibu kepada dua anak itu, Ekaterina Kiseleva, 32, disahkan meninggal dunia di klinik kerana masalah jantung.

Pakar bedah, Grigory Perekrestov, 31, yang dikenali dengan berswafoto dengan pesakitnya tanpa pakaian tidak mengulas mengenai kematian itu di klinik Triumph Palace.

Satu siasatan dijalankan berikutan aduan yang dibuat oleh ibu pesakit, Evgenia.

Ekaterina mengingkari keluarganya apabila melakukan pembedahan plastik payudara selama lima jam membabitkan kos £1,830 (RM10,001) selepas diberi jaminan bahawa ia adalah selamat.

"Anak perempuan saya sihat," kata Evgenia.

"Tiada kemudahan resusitasi di klinik ini," tambahnya.

Menurut Evgenia, dia diberitahu mengenai berita kematian itu selepas dua jam anak perempuannya meninggal dunia.

Seorang jurucakap mengesahkan bahawa Jawatankuasa Penyiasat Rusia menyiasat kes tersebut. 

Bagaimanapun, klinik itu memberitahu bahawa prosedur telah dijalankan dengan "betul".

Mangsa merupakan ibu tunggal kepada dua anak, seorang anak lelaki, 12, dan seorang anak perempuan, 10. - Mirror UK

Tags / Kata Kunci: bedah plastik , payudara
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan