Maut ketika asyik berhibur di bar tarian bogel - Berita Dunia | mStar

Maut ketika asyik berhibur di bar tarian bogel

Diterbitkan: Sabtu, 21 April 2018 3:29 PM

Seorang lelaki rebah selepas mengalami serangan jantung di sebuah bar di Soi Cowboy di Bangkok, Thailand. Foto stickboybkk.com

(Ubah saiz teks)

SEORANG pelancong warga Britain rebah selepas mengalami serangan jantung semasa menyaksikan persembahan di sebuah bar tarian bogel di Thailand.

Lelaki yang berusia lingkungan 60an itu duduk di bar pada Rabu di Soi Cowboy di Bangkok.

Saksi memberitahu lelaki tersebut duduk berdekatan dengan pentas sebelum jatuh ke lantai.

Kakitangan bar bergegas memberikan bantuan pernafasan tetapi pelancong berkenaan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Pegawai perubatan kemudian mengesahkan mangsa meninggal dunia kerana serangan jantung.

Mayat lelaki itu dibawa ke hospital untuk bedah siasat dan Kedutaan Britain di Bangkok telah dimaklumkan mengenai insiden itu. - Mail Online UK

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan