Bekas Wanita Pertama AS meninggal dunia - Berita Dunia | mStar

Bekas Wanita Pertama AS meninggal dunia

Diterbitkan: Rabu, 18 April 2018 8:33 AM

Foto dari Reuters.

(Ubah saiz teks)

BEKAS Wanita Pertama Amerika Syarikat (AS), Barbara Bush (gambar) iaitu wanita kedua dalam sejarah AS yang menjadi isteri dan ibu kepada presiden negara itu, meninggal dunia pada usia 92 tahun.

Pemergiannya diumumkan pada Ahad oleh pejabat suaminya.

Kesihatan beliau semakin merosot selepas menderita kegagalan jantung dan penyakit pulmonari obstruktif kronik.

Selepas beberapa kali dimasukkan ke hospital, beliau dan suaminya merupakan pesakit di Hospital Houston Methodist dan beliau mengambil keputusan untuk tidak lagi meneruskan rawatan.

Upacara pengebumian Barbara bagaimanapun masih belum diputuskan.

Beliau dan suaminya, George H.W. Bush yang merupakan presiden ke-41 AS dilaporkan telah berkahwin lebih lama berbanding pasangan presiden dalam sejarah AS iaitu selama 73 tahun. - CNBC

Tags / Kata Kunci: Barbara Bush
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan