Restoran cabar pelanggan habiskan burger tarantula - Berita Dunia | mStar

Restoran cabar pelanggan habiskan burger tarantula

Diterbitkan: Isnin, 16 April 2018 12:28 PM

Foto dari Bull City Burger and Brewery.

(Ubah saiz teks)

DURHAM: Tidak pernah dilakukan oleh pengusaha restoran, menghidangkan haiwan yang digeruni manusia sebagai burger, namun ia ternyata berlaku di North Carolina, Amerika Syarikat.

Restoran yang terletak di Durham, North Carolina itu menawarkan burger yang mampu membuatkan mereka yang mengalami araknofobia (ketakutan terhadap labah-labah) untuk menjerit.

Restoran Bull City Burger and Brewery menyediakan 'burger tarantula' kepada para pelanggannya.

Peserta yang mampu menghabiskan burger itu akan menerima sepasang t-shirt.

Hidangan itu ditawarkan sempena Bulan Daging Eksotik, tapi satu-satunya cara untuk menikmati burger itu adalah dengan memenangi Cabaran Tarantula.

Kos menghasilkan burger eksotik itu adalah AS$30 (RM116) dan mengandungi daging lembu, keju, tarantula panggang dan sos cili pedas.

Mereka yang mampu habiskan keseluruhan burger akan diberikan sepasang t-shirt percuma. - ABC News

Tags / Kata Kunci: burger , tarantula
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan