Netizen kecam penonton pantas rakam daripada bantu Hawkins - Berita Dunia | mStar

Netizen kecam penonton pantas rakam daripada bantu Hawkins

Diterbitkan: Ahad, 15 April 2018 8:09 PM

(Ubah saiz teks)

PELARI maraton British, Callum Hawkins terlepas pingat emas selepas pengsan dengan jarak satu kilometer daripada garisan penamat.

Hawkins,25, berada dua minit di hadapan pelari tuan rumah Australia untuk merangkul pingat emas Sukan Komanwel, namun malangnya ia tidak kesampaian.

Dengan kepanasan suhu mencecah 30 darjah celcius, Hawkins kelihatan terhuyung-hayang melanggar pagar penghadang sebelum terjatuh.

Beberapa minit selepas itu dia cuba bangun untuk meneruskan larian namun gagal.


Dengan perasaan sedih, Hawkins hanya mampu melihat pelari Australia, Michael Shelly melepasinya untuk meraih pingat emas.

Insiden itu turut mendapat perhatian beberapa penonton yang mempersoalkan pasukan bantuan yang lambat tiba.

Malah salah seorang netizen di Twitter mendakwa, penonton yang berada berdekaran di tempat kejadian lebih pantas merakam video Hawkins terjatuh daripada memberi bantuan.

"Orang awam dan pelancong Australia hanya merakam Callum Hawkins daripada melompat pagar memberi bantuan. Amat memalukan."

Tags / Kata Kunci: Hawkin , maraton , Sukan komanwel
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan