Gempar! Senarai mangsa rogol 'disembunyi' dalam tandas - Berita Dunia | mStar

Gempar! Senarai mangsa rogol 'disembunyi' dalam tandas

Diterbitkan: Sabtu, 14 April 2018 1:29 PM

(Ubah saiz teks)

MENGEJUTKAN apabila senarai mangsa rogol melibatkan pelajar perempuan bawah umur ditemui di sebuah sekolah.

Kejadian itu berlaku di tandas pelajar lelaki di Davis College di Mallow, Ireland.

Pada kertas itu tertulis nama beberapa pelajar perempuan dengan catatan: "Nama dengan tanda yang paling banyak akan dirogol."

Semua nama dalam senarai itu adalah pelajar di sekolah berkenaan.

Polis sedang menyiasat bagi mengenal pasti pihak bertanggungjawab yang menulis senarai itu selepas pihak sekolah memaklumkan mengenainya.

Difahamkan, itu adalah kejadian ke tiga di mana senarai seumpama itu ditemui, bagaimanapun wakil sekolah berkenaan hanya mengesahkan pihaknya menemui satu senarai sahaja.

Susulan kejadian itu, pelajar perempuan di sekolah itu kecewa apabila insiden itu mendapat publisiti meluas kerana bimbang ia boleh mengganggu pembelajaran mereka.

Setakat ini, sekolah berkenaan telah menjalankan siasatan dalaman bagi mengesan individu yang menghasilkan senarai itu, selain mengenakan tindakan disiplin terhadap pihak yang bertanggungjawab itu.

Pengetua Stephen Gilbert berkata:"Keselamatan dan kesejahteraan pelajar adalah keutamaan pihak sekolah. Kami menganggap kes ini begitu serius dan mengambil langkah segera untuk menanganinya.

"Senarai yang ditemui itu telah diturunkan serta merta, malahan kami telah menemui semua pelajar yang nama mereka tertera pada senarai berkenaan untuk menjawab soalan berkaitan kejadian itu."-Metro.uk

Tags / Kata Kunci: Davis , Mallow
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan