Tak mahu anak didekati, bapa tendang, campak barang 'halau' budak lain - Berita Dunia | mStar

Tak mahu anak didekati, bapa tendang, campak barang 'halau' budak lain

Diterbitkan: Rabu, 11 April 2018 9:54 AM

(Ubah saiz teks)

SEORANG ibu bengang apabila anak kecilnya yang berusia lima tahun dilayan dengan kasar oleh seorang lelaki dewasa.

Dalam kejadian di Sunshine Childhood Playland, Northpoint City di Yishun, Singapura, wanita berkenaan telah menyiarkan rakaman CCTV kejadian itu di Facebook, menunjukkan lelaki terbabit yang didakwa menyerang anaknya dan dianggap 'berlebih-lebih' dalam melindungi anaknya sendiri.

Dalam rakaman tersebut, anak wanita berkenaan kelihatan mahu bermain dengan seorang lagi kanak-kanak, yang merupakan anak lelaki terbabit dan sesekali mahu bermain permainan yang sama dengannya.

Turut bersama lelaki itu adalah seorang wanita dan seorang lagi kanak-kanak, dipercayai anaknya yang lebih muda.

"Terlalu melindungi' adalah perkataan yang dirasakan paling tepat apabila rakaman itu ditonton kerana si bapa dapat dilihat cuba menghalang dan menghalau budak lelaki yang hiperaktif itu daripada mendekati kedua-dua anaknya.

Ketika budak lelaki itu sedang bermain dan datang dekat dengan dua anaknya, lelaki itu dapat dilihat bukan sahaja memarahinya tetapi turut menendang, menolak dan melemparkan mainan kepadanya.

Ibu budak lelaki itu dilihat cuba menenagkan keadaan dengan menghalang anaknya daripada terus mendekati mereka.

"Anak saya tak tahu apa-apa dan tak boleh melawan," tulis ibunya.

"Dalam video itu, dia yang berusia lima tahun ditendang, ditolak, dilayan dengan kasar. Adakah ini caranya ibu bapa melayan kanak-kanak lain?."

Wanita yang terkejut itu mendakwa lelaki terbabit tidak mengaku menyentuh anaknya, tetapi rakaman CCTV membuktikan sebaliknya. Dia kemudian membuat laporan polis mengenai insiden itu.

Walaupun lelaki itu nampak salah melayan budak berusia lima tahun seperti itu, beberapa netizen percaya bahawa ibunya juga patut dipersalahkan kerana tidak mengawasi anaknya.

Tags / Kata Kunci: bapa , buli
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan