Bekas Presiden Korea Selatan dipenjara 24 tahun akibat rasuah - Berita Dunia | mStar

Bekas Presiden Korea Selatan dipenjara 24 tahun akibat rasuah

Diterbitkan: Sabtu, 7 April 2018 7:45 AM

Geun-hye dibawa ke mahkamah pada Mei 2017 sejurus selepas penangkapannya. - AFP

(Ubah saiz teks)

BEKAS Presiden Korea Selatan, Park Geun-hye dijatuhi hukuman penjara selama 24 tahun setelah didapati bersalah atas kesalahan salah guna kuasa dan pemerintaah secara paksaan.

Keputusan itu disiarkan secara langsung dan mewakili kemunculan skandal yang 'menggoncang' negara itu dan menaikkan kemarahan terhadap golongan elit politik dan perniagaan.

Park yang juga didenda sebanyak 18 bilion won (RM65.1 juta) turut menghadapi beberapa pertuduhan berkaitan rasuah.

Bekas pemimpin itu tidak berada di mahkamah pada Jumaat untuk mendengar keputusan tersebut.

Beliau telah memboikot perbicaraan tersebut dan sebelum ini menuduh mahkamah bersikap berat sebelah terhadapnya.

Geun-hye juga menafikan segala salah laku dan berkata dia akan merayu terhadap hukuman yang dijatuhkan terhadapnya.

Hakim Kim Se-yoon berkata, Park telah menunjukkan tiada tanda penyesalan selepas menyebabkan "kekacauan besar-besaran" di negara itu.

"Kami tidak dapat mengelak daripada menahannya," kata hakim itu.

Rumah kediaman bekas presiden tersebut, Rumah Biru, mengeluarkan kenyataan selepas keputusan tersebut diumumkan dan menyifatkannya sebagai "peristiwa yang menyayat hati bagi negara".

"Sejarah yang tidak diingati, akan berulang," katanya.

Tindakan pihak berkuasa untuk membenarkan keputusan itu disiarkan secara langsung tidak pernah berlaku sebelum ini, tetapi ia dilakukan atas dasar keprihatinan luar biasa rakyat terhadap kes itu. - BBC

Tags / Kata Kunci: Par Geun-hye , rasuah
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan