Kewujudan UFO 'terbukti tidak dapat diragukan lagi' - Pakar - Berita Dunia | mStar

Kewujudan UFO 'terbukti tidak dapat diragukan lagi' - Pakar

Diterbitkan: Rabu, 4 April 2018 2:59 PM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

KEWUJUDAN UFO 'terbukti tidak dapat diragukan lagi' kata seorang bekas pegawai Pentagon.

Bekas ketua program rahsia kerajaan Amerika Syarikat, Luis Elizondo percaya bahawa Bumi mungkin telah dilawati oleh kehidupan asing melalui pesawat yang tidak dikenali dan terdapat bukti mengenainya.

Dia meletak jawatan dari Jabatan Pertahanan AS pada Oktober sebagai bantahan terhadap kerahsiaan yang berlebihan dan tentangan terhadap program yang ditugaskan kepadanya.

Bercakap kepada Sunday Telegraph baru-baru ini dia berkata: "Pada pendapat saya, jika ini adalah mahkamah undang-undang, kita telah mencapai tahap 'luar jangkaan yang munasabah'. Saya tidak suka menggunakan istilah UFO tetapi itu yang dilihat.

"Saya fikir ia cukup jelas ia bukan kita, dan ia bukan orang lain, jadi orang ramai perlu bertanya soalan mereka datang dari mana."

Elizondo tidak dapat mengulas sama ada benar atau tidak pasukannya telah meneliti penampakan UFO kerana ia masih dikelaskan sebagai maklumat sulit.

Tetapi dia telah memberitahu akhbar itu bahawa terdapat 'banyak' penampakan.

Dia menjalankan Program Pengenalan Ancaman Terperinci (AATIP), dengan pembiayaan £16.5 juta dari pejabatnya di Pentagon.

Pasukan itu mengenal pasti pergerakan dan trend yang 'tidak kelihatan seperti apa-apa yang lain yang ada di dunia'.

Mereka juga menemui 'kawasan panas' semasa membuat penyiasatan, yang sering dilihat berhampiran kemudahan nuklear dan loji kuasa.

Menggambarkan tentang penemuan itu, Elizondo berkata: "Mudah dikendalikan, halaju hyper-sonic tanpa ledakan sonik, kelajuan 7 hingga 8,000mph, tidak ada permukaan penerbangan pada objek.

"Kebanyakannya disokong dengan data isyarat radar, rakaman kamera senjata dari pesawat, pelbagai saksi."

Pentagon berkata pembiayaan untuk AATIP berakhir pada 2012, tetapi Elizondo berkata kerja-kerja UFO pasukannya dijalankan selama lima tahun lagi.

Dia memberitahu CNN: "Kepercayaan peribadi saya ialah terdapat bukti yang sangat kuat bahawa kita memang tidak bersendirian.” - MirrorUK

Tags / Kata Kunci: UFO , pentagon , Luis Elizondo
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan