Isteri ‘Terperosok’ Bawah Kereta Polis Demi Halang Suami Ditahan - Berita Dunia | mStar

Isteri ‘Terperosok’ Bawah Kereta Polis Demi Halang Suami Ditahan

Diterbitkan: Jumaat, 30 Mac 2018 6:53 PM

(Ubah saiz teks)

SEORANG wanita dari China yang kecewa apabila suaminya ditahan gara-gara melanggar peraturan jalan raya bertindak merangkak ke bawah kereta polis dan berpura-pura sakit.

Insiden tersebut dilaporkan berlaku di Changning, Hunan pada Isnin lalu.

Pasangan yang hanya dinamakan sebagai Quan dan Wang serta anak perempuan mereka menunggang motosikal di kawasan bandar ketika mereka ditahan dalam satu sekatan jalan raya, lapor Thepaper.cn pada Selasa.

Ketika diminta mengemukakan dokumennya, Wang gagal menunjukkan lesen memandu atau dokumen pendaftaran motosikal tersebut.

Lelaki itu kemudiannya diminta untuk ke balai polis bagi menjawab beberapa soalan dan diarahkan menuju ke kereta peronda.

Tiba-tiba isterinya, Quan 'jatuh sakit' dan merangkak ke bawah kereta polis ketika pegawai polis trafik sedang menguruskan untuk membawa suaminya ke balai polis.

Sebuah rakaman video pendek menunjukkan Quan terbaring di atas jalan dengan sebahagian badannya di bawah kenderaan tersebut dan anak mereka pula menangis.

Dua orang petugas bantuan kecemasan cuba memujuk wanita tersebut dan pihak polis menghubungi ambulans selepas Quan enggan memberi kerjasama.

Quan kemudian meminta pihak polis agar melepaskan suaminya, namun pihak polis menolak permintaannya.

Selepas hampir sejam wanita itu baring di bawah kenderaan tersebut, pasukan paramedik berjaya meyakinkan Quan untuk berganjang dan membawa dia serta anaknya ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan. - South China Morning Post

Tags / Kata Kunci: polis , China
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan