Kepulan Asap Hitam ‘Selubungi’ Manchester - Berita Dunia | mStar

Kepulan Asap Hitam ‘Selubungi’ Manchester

Diterbitkan: Jumaat, 30 Mac 2018 9:27 PM

Foto dari Mirror UK.

(Ubah saiz teks)

KEPULAN asap hitam tebal kelihatan muncul berhampiran pusat bandar Manchester, United Kingdom (UK) kira-kira pukul 1 tengah hari waktu tempatan, Jumaat.

Api mula merebak berhampiran kawasan Ancoats di bandar itu dan kepulan tersebut boleh dilihat dari jarak beberapa kilometer.

Pasukan bomba berkejar ke tempat kejadian dan berjaya mengawal api daripada terus merebak.

Kebakaran itu melibatkan sejumlah besar palet plastik dan longgokan sampah lain, kata jurucakap bomba, Greater Manchester Fire.

Pasukan bomba yang berpusat di Manchester Central, Stesen Philips dan Salford tiba di tempat kejadian yang berlaku di Rochdale Road setelah menerima panggilan kecemasan.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku. - Mirror UK

Tags / Kata Kunci: Manchester
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan