Ngeri! Eskalator 'Telan' Lelaki Turki - Berita Dunia | mStar

Ngeri! Eskalator 'Telan' Lelaki Turki

Diterbitkan: Khamis, 29 Mac 2018 11:24 AM

(Ubah saiz teks)

SEORANG lelaki berdepan nasib malang apabila dirinya tiba-tiba 'ditelan' oleh eskalator yang dinaikinya.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku apabila eskalator itu, yang tidak berfungsi tiba-tiba bergerak, menyebabkan lelaki Turki itu terjatuh ke dalam lubang yang terbuka.

Insiden tersebut dilaporkan berlaku pada 27 Februari lalu di stesen Metro Ayazaga, Istanbul.

Rakaman CCTV mengerikan mengenai kejadian itu menunjukkan orang ramai sedang turun eskalator untuk menaiki kereta api.

Tiba-tiba sebahagian daripada eskalator itu terbuka dan 'menelan' badan seorang lelaki sepenuhnya.

Kejadian ini menyebabkan suasana panik dan bantuan kecemasan dipanggil.

Menurut RT.com, anggota bomba mengambil masa selama satu jam untuk mengeluarkan lelaki terbabit.

Lelaki itu diselamatkan dan dilaporkan mengalami patah lengan. -KhaleejTimes

Tags / Kata Kunci: eskalator , Metro Ayazaga
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan