Dua Maut Terjun Berpelukan Dari Platform Stesen Kereta Api - Berita Dunia | mStar

Dua Maut Terjun Berpelukan Dari Platform Stesen Kereta Api

Diterbitkan: Rabu, 28 Mac 2018 4:28 PM

Stesen kereta api Doncaster di Yorkshire, England. Foto Mail Online UK

(Ubah saiz teks)

DUA maut di sebuan stesen kereta api di England selepas terjun ke landasan sambil berpelukan antara satu sama lain di hadapan sebuah tren.

Mereka yang menyaksikan kejadian ngeri itu memberitahu, kedua-dua mangsa melompat dari platform stesen kereta api Doncaster di Yorkshire, England.

Ketika kejadian pada malam Selasa, sebuah kereta api sedang bergerak memasuki stesen.

Pasukan kecemasan bergegas ke tempat kejadian tetapi kedua-dua mangsa tidak dapat diselamatkan.

Polis Pengangkutan Britain mengesahkan kematian itu dan pihaknya sedang mengenal pasti identiti mangsa.

Jurucakapnya berkata: "Pegawai kami ke stesen kereta api Doncaster selepas menerima laporan dua orang dilanggar kereta api.

"Malangnya, kedua-dua mereka disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.

Jurucakap itu memberitahu, siasatan dijalankan mengenai punca kejadian. - Mail Online UK

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan