Skandal Seks Trump: Melania Akhirnya Beri Reaksi - Berita Dunia | mStar

Skandal Seks Trump: Melania Akhirnya Beri Reaksi

Diterbitkan: Selasa, 27 Mac 2018 10:44 AM

Melania Trump. -fotoAP

(Ubah saiz teks)

MELANIA Trump hanya diam sepanjang laporan yang mendakwa suaminya, Presiden Donald Trump mengadakan hubungan sulit dengan bintang porno Stormy Daniels.

Bagaimanapun, hanya beberapa jam selepas wawancara dengan Daniels atau nama sebenarnya Stephanie Clifford disiarkan pada Ahad, wanita pertama itu cuba menangani spekulasi tersebut melalui jurucakapnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bintang Filem Lucah Cerita Hubungan Sulit Dengan Trump

"Walaupun saya tahu media sukakan spekulasi dan gosip lucah, suka saya mengingatkan orang ramai ada anak kecil yang namanya harus disisihkan dari berita dengan cara apa sekali pun," kata Stephanie Grisham di Twitter.

Grisham merujuk kepada anak tunggal Trumps bersama Melania, Barron, yang baru menyambut ulang tahun kelahiran ke-12 minggu lepas.

Beberapa laporan mengenai dakwaan ini telah menyebut nama Barron kerana Daniels mendakwa hubungannya dengan Trump berlaku sekitar waktu Barron dilahirkan.

Daniels mengulangi penegasannya dalam rancangan wawancara 60 Minutes oleh CBS bahawa hubungan yang didakwa dengan Trump bermula pada musim panas 2006, hanya beberapa bulan selepas Melania melahirkan Barron.

Daniels memberitahu Anderson Cooper semasa wawancara, bahawa dia telah bertanya kepada Trump mengenai isterinya dan anaknya yang baru lahir tetapi berkata lelaki itu tidak begitu prihatin.

"Saya ada bertanya," katanya.

"Dan dia menolaknya, berkata, 'oh ya, ya, kamu tahu, jangan risau. Kami tidak...malah kami mempunyai bilik dan barang yang berasingan.'"

Trump juga dituduh melakukan hubungan dengan bekas model Playboy, Karen McDougal pada masa yang sama.

ARTIKEL BERKAITAN: Model Playboy Dedah Trump Pernah Beri Wang Selepas Seks

Bercakap kepada CNN minggu lalu, McDougal meminta maaf kepada wanita pertama.

"Apa yang boleh kamu katakan kecuali saya minta maaf?" katanya.

"Saya minta maaf, saya tidak mahu ia dilakukan kepada saya."

Barron bukanlah satu-satunya anak Trump yang disebut semasa wawancara dengan Daniels pada Ahad tetapi turut bercerita tentang Ivanka yang mana Trump dikatakan pernah membandingkan wajahnya dengan Daniels. -Newsweek

Tags / Kata Kunci: Melania Trump , Donald Trump , Stormy Daniels
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan