Kru Pesawat Terlampau, Pramugari Dakwa Dirogol - Berita Dunia | mStar

Kru Pesawat Terlampau, Pramugari Dakwa Dirogol

Diterbitkan: Sabtu, 24 Mac 2018 9:08 AM

Gambar fail pesawat British Airways di Lapangan Terbang Heathrow di London. Foto Reuters

(Ubah saiz teks)

SEORANG kru pesawat British Airways (BA) ditahan kerana disyaki merogol seorang pramugari selepas waktu bertugas semasa persinggahan di Singapura.

Sumber BA sebagai berkata, insiden berlaku awal minggu ini selepas penerbangan kira-kira 12 jam dari Lapangan Terbang Heathrow di London ke Singapura.

Selepas membuat tuduhan rogol, pramugari itu yang dikatakan pramugari kanan berpindah keluar dari hotel yang sering menjadi penginapan anak kapal syarikat penerbangan itu, dan diberikan sebuah bilik di hotel berlainan.

Kedua-dua kru yang terlibat di dalam insiden berkenaan tidak dapat meneruskan penerbangan yang dijadualkan bersama anak kapal lain dari Singapura ke Sydney di Australia.

Dipercayai anggota kru yang didakwa masih dalam tahanan polis.

Kesalahan rogol di Singapura boleh membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun termasuk 12 sebatan.

Seorang pihak dalaman BA berkata: "Terdapat insiden membabitkan seorang kru wanita dan seorang kru lelaki. Dia (suspek) kini dalam tahanan polis dan wanita itu (mangsa) berpindah ke hotel lain.

"BA telah menghantar seorang pengurus dan penggantian kru bagi membolehkan penerbangan ke Sydney boleh diteruskan, dan mengatasi masalah yang berlaku," katanya. - Mail Online UK

Tags / Kata Kunci: rogol , British Airways
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan