Kanibal Jemput Pasukan Penyelamat Makan Lauk Jantung Wanita Dibunuhnya - Berita Dunia | mStar

Kanibal Jemput Pasukan Penyelamat Makan Lauk Jantung Wanita Dibunuhnya

Diterbitkan: Jumaat, 23 Mac 2018 2:31 PM

Flat tempat berlakunya pembunuhan ngeri. NGS24/east2west news

(Ubah saiz teks)

SEORANG kanibal ditahan selepas membunuh seorang ibu muda, memasak dan kemudian makan jantungnya, kata polis.

Alexey Yastrebov, 35, ditahan di bandar Krasnoyarsk, Rusia selepas dituduh menikam Ekaterina Nikiforova di leher dan memotong kerongkongnya dengan pisau dapur.

Kemudian dia mengorek jantung dan paru-paru kirinya sebelum memasaknya di flatnya yang disewa, menurut penguatkuasaan undang-undang tempatan.

Yastrebov telah bertindak menelefon pemilik flat Zhanna Avdeeva, 31, dan memberitahu: "Panggil polis dan ambulans. Saya berbaring dalam lumuran darah, di sebelah saya adalah mayat."

Dia membuat pengakuan kepada polis bahawa, apabila ahli paramedik tiba, dia sempat memberitahu mereka: "Ada satu hidangan jantung di atas dapur. Saya beritahu dia (mangsa) saya akan makan jantungnya. Jadi saya melakukannya."

Alexey Yastrebov. -foto east2westnews

Sebelum menelefon Avdeeva, dia cuba membunuh diri dengan mencucuk gunting di lehernya, tetapi gagal, kata polis.

Dia kini berada di bawah kawalan polis di wad penjagaan intensif hospital.

"Wanita malang itu berbaring di dalam bilik yang sama," kata pemilik flat.

"Dadanya dipotong dan dibiar terbuka, lehernya dikelar. Dia telah memotong kerongkong mangsa. Saya tak dapat lihat semua ini."

Ekaterina Nikiforova bersama dua anaknya. -foto east2west news

Mangsa, seorang ibu tunggal, mempunyai dua anak perempuan berusia tujuh dan tiga tahun.

Evgeny Avdeev, 31, abang Zhanna, berkata suspek yang didakwanya kanibal itu adalah kawan rapatnya dan dia tidak percaya lelaki itu sanggup melakukan sesuatu yang begitu kejam.

"Saya rasa mereka mabuk dan beberapa konflik berlaku. Polis juga menyiasat sama ada dadah digunakan," katanya.

Avdeeva berkata dia akan memanggil seorang dukun untuk 'membersihkan' flat miliknya selepas pembunuhan jahat.

"Ini kejutan kepada saya, di apartmen saya. Ia seperti mimpi ngeri. Semua orang akan tahu tentang ini, semua jiran." -metroUK

Tags / Kata Kunci: kanibal , makan jantung
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan