Remaja Maut Telefon Bimbit Meletup - Berita Dunia | mStar

Remaja Maut Telefon Bimbit Meletup

Diterbitkan: Selasa, 20 Mac 2018 10:17 AM

Mangsa rebah tidak sedarkan diri selepas telefon yang digunakannya semasa dicaj secara tiba-tiba meletup. Foto CEN/MirrorUK

(Ubah saiz teks)

SEORANG remaja perempuan berusia 18 tahun di India maut selepas telefon bimbitnya meletup.

Ketika kejadian, Uma Oram dilaporkan menggunakan telefon tersebut semasa ia sedang dicas.

Remaja itu dibawa ke hospital selepas tidak sedarkan diri dan mengalami kecederaan di bahagian tangan, dada dan kaki.

Media tempatan memetik abangnya sebagai berkata bahawa ketika kejadian mangsa sedang berbual dengan seorang ahli keluarga selepas makan tengah hari, tetapi telefonnya kehabisan bateri.

"Telefon itu dicaj semasa dia sedang berbual. Bateri telefon meletup secara tiba-tiba.

"Uma kemudian rebah tidak sedarkan diri. Dia disahkan meninggal dunia di hospital," ujar abang mangsa.

Polis dilaporkan ke tempat kejadian bagi mendapatkan keterangan dan mayat Uma dihantar untuk bedah siasat. - Mirror UK

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan