Pesawat Angkatan Tentera India Terhempas - Berita Dunia | mStar

Pesawat Angkatan Tentera India Terhempas

Diterbitkan: Selasa, 20 Mac 2018 8:42 PM

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI:  Sebuah pesawat milik Angkatan Udara India (IAF) terhempas di timur negeri Odisha pada Selasa, lapor agensi berita China Xinhua.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana polis berkata juruterbang berjaya meloloskan diri sejurus sebelum terhempas.

Jet pejuang jenis Hawk itu terhempas di Kampung Mahuldangiri dalam wilayah Mayurbhanj, kira-kira 275 kilometer di utara Bhubaneswar, ibu negeri Odisha.

Juruterbang terbabit segera dikejarkan ke hospital.

Laporan menyebut pesawat itu berlepas bagi menjalani latihan rutin dari pangkalan tentera udara Kalaikunda di Bengal Barat.

Pegawai atasan telah mengarahkan agar insiden itu disiasat. 

Tags / Kata Kunci: Pesawat Angkatan Tentera , Terhempas
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan