Anjing Berwajah Manusia Dibandingkan Dengan Bintang Hollywood - Berita Dunia | mStar

Anjing Berwajah Manusia Dibandingkan Dengan Bintang Hollywood

Diterbitkan: Isnin, 19 Mac 2018 8:39 AM

(Ubah saiz teks)

SEEKOR anjing dari Massachusetts, Amerika Syarikat menjadi bualan ramai gara-gara memiliki wajah yang seiras dengan manusia.

Yogi memiliki mata, mulut dan kening terbentuk membuatkan sekilas pandang gambarnya seolah-olah disunting.

Mulut Yogi juga tidak seperti haiwan lain dan gambar-gambar anjing tersebut tidak pernah disunting.

Kelakarnya, pemilik Yogi langsung tidak berasa anjingnya itu mempunyai kelainan berbanding anjing lain sehinggalah gambar anjing itu dimuat naik ke laman sosial.

Chantal Desjardins, 27 mendapati reaksi yang diterimanya seperti ada yang tidak kena kerana mereka mendakwa Yogi berwajah manusia dan ia mengecewakan netizen.

Pengguna Twitter membandingkan gambar Yogi dengan aktor Galifianakis.

Gambar haiwan itu turut dibandingkan dengan beberapa bintang terkenal Hollywood seperti Nicholas Cage, Zach Galifianakis, Ed Sheeran dan Leonardo DiCaprio.

Gambar tersebut sebenarnya dimuat naik oleh rakannya yang cuba meyakinkan Desjardins bahawa haiwan peliharaannya itu tidak kelihatan seperti anjing lain.

Beberapa minit kemudian, orang ramai mula memberikan reaksi terkejut setelah melihat wajah anak anjing itu.

Desjardins bagaimanapun tidak kisah dengan reaksi yang diterimanya kerana baginya Yogi tetap seekor anjing yang cantik dan menyenangkan. - Just Dog Lover

Tags / Kata Kunci: Yogi , anak anjing , wajah manusia
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan