Foto Separuh Bogel, Didakwa Meghan Markle Tersebar - Berita Dunia | mStar

Foto Separuh Bogel, Didakwa Meghan Markle Tersebar

Diterbitkan: Ahad, 18 Mac 2018 9:47 AM

Meghan Markle dan Putera Harry. -foto Getty

(Ubah saiz teks)

PUTERA Harry dan Meghan Markle sedang menunggu hari bahagia mereka musim panas ini, tetapi timbul beberapa isu yang tak sedap didengar menjelang perkahwinan mereka Mei ini.

Menurut The Blast, gambar-gambar wanita tidak berbaju, didakwa Markle yang akan menjadi keluarga diraja secara rasmi tidak lama lagi telah dibocorkan dalam talian oleh laman terkenal Celeb Jihad.

Walau bagaimanapun, seorang wakil Istana Kensington memberitahu penerbitan itu bahawa gambar-gambar itu hanyalah gambar palsu.

Celeb Jihad sebelum ini diketahui telah membocorkan gambar peribadi selebriti. Tahun lepas, beberapa bintang termasuk Gal Gadot, Miley Cyrus, Sarah Hyland dan ramai lagi yang terlibat dengan skandal gambar bogel telah dibocorkan.

Empat gambar yang menampilkan gambar separuh bogel, dikatakan Markle telah disiarkan oleh laman web itu dengan dakwaan 'lebih banyak lagi akan disiarkan pada masa akan datang'. Foto-foto ini telah dikongsi sebagai 'preview'.

Tidak jelas dari mana atau bagaimana foto-foto ini diperoleh tetapi laporan berita melaporkan bahawa gambar tersebut memang menunjukkan wajah bekas pelakon itu. Bagaimanapun ini bukan kali pertama foto bogel Markle menjadi berita utama.

Tidak lama selepas pelakon itu dan Harry mengesahkan bahawa mereka menjalinkan hubungan pada 2016, Radar Online melaporkan bahawa foto Markle yang tidak berbaju semasa bercuti di Greece dan Mexico dengan bekas suaminya, Engelson telah tersebar dalam talian.

Gosip itu ditolak oleh E! News dan Gossip Cop yang menyatakan bahawa gambar-gambar itu palsu.

Sebagai sebahagian daripada proses menyertai keluarga diraja, bekas pelakon Suits itu juga telah dibaptis minggu lalu dalam upacara tertutup.

Mereka akan disatukan pada 19 Mei dengan kehadiran 2,600 tetamu.


Tags / Kata Kunci: Meghan Markle , gambar bogel , Putera Harry
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan