Seram! Cahaya Misteri 'Terkam' Teksi Jadi Tanda Tanya - Berita Dunia | mStar

Seram! Cahaya Misteri 'Terkam' Teksi Jadi Tanda Tanya

Diterbitkan: Ahad, 18 Mac 2018 10:22 AM

(Ubah saiz teks)

SATU rakaman yang dikatakan 'hantu' menerkam sebuah teksi sehingga menyebabkan teksi itu merempuh sebatang pokok tular di media sosial.

Video itu dilaporkan dirakam di Hong Kong pada 9 Februari oleh kamera papan pemuka (dash cam) kenderaan lain yang berada di belakang teksi tersebut.

Teksi itu pada mulanya dilihat dipandu di jalan yang agak gelap.

Tiba-tiba, sebaik sahaja tiba di satu selekoh, satu cahaya putih muncul dari arah tepi jalan dan dengan pantas menerkam teksi tersebut.

Kejadian yang menyeramkan itu telah membuatkan pemandunya takut dan tidak dapat mengawal kenderaan.

Teksi itu dilihat terbabas jalan bertentang dan merempuh sebatang pokok. Sebaik sahaja kemalangan itu berlaku, terdapat cahaya putih di dalam kenderaan terbabit.

Video tersebut dimuat naik di YouTube oleh satu saluran bernama The Hidden Underbelly 2.0.

Klip video itu telah mendapat lebih dari 80,000 tontonan.

Walaupun pengguna bernama Hope SweetHope3 mendakwa ia adalah serangan syaitan, pengguna lain yang bernama Jennifer Suzanne berkata: "Saya tertanya-tanya apa yang pemandu itu mahu kata."

Tags / Kata Kunci: cahaya misteri , teksi
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan