Ukuran Pinggang Syarat Naik Boeing 787-9 Dreamliner - Berita Dunia | mStar

Ukuran Pinggang Syarat Naik Boeing 787-9 Dreamliner

Diterbitkan: Sabtu, 17 Mac 2018 9:59 AM

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Jika anda berhasrat mahu merasai pengalaman menaiki kelas bisnes pesawat terkini, Boeing 787-9 Dreamliner, penerbangan Thai Airways, anda terlebih dahulu perlu ‘lulus’ satu ujian.

Pengarah Keselamatan dan Penerbangan Standard Thai Airways, Pratthana Pattanasirim berkata, penumpang yang mempunyai ukuran pinggang melebihi 142 sentimeter (sm) tidak dibenarkan menaiki kelas perniagaan pesawat Boeing 787-9 terbabit.

Ini kerana, kerusi kelas perniagaan tersebut telah dipasang dengan tali pinggang keselamatan dan sistem beg udara baru oleh pengeluar mengikut standard piawaian keselamatan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan AS.

Difahamkan tali pinggang keselamatan itu tidak dapat menampung penumpang yang mempunyai ukuran pinggang lebih daripada 142 sm.

Thai Airways yang menerima dua pesawat Dreamliner pada September 2017 dan 6 Mac lalu mengumumkan bahawa penumpang dengan ukuran pinggang lebih dari 142 sm dan mereka yang membawa bayi yang diriba tidak dibenarkan menaiki kelas perniagaan.

Terdahulu, media tempatan turut memaklumkan syarikat penerbangan itu mengharamkan “orang gemuk daripada menaiki Dreamliner”. - The Nation/Asia News Network

Tags / Kata Kunci: Dreamliner , Thai Airways
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan