Terpisah 36 Tahun, Akhirnya Kembar Berpelukan Di Balai Polis - Berita Dunia | mStar

Terpisah 36 Tahun, Akhirnya Kembar Berpelukan Di Balai Polis

Diterbitkan: Sabtu, 17 Mac 2018 12:28 PM

(Ubah saiz teks)

SELAMA 36 tahun terpisah selepas masing-masing diserahkan kepada keluarga angkat akibat kemiskinan keluarga, akhirnya pasangan kembar ini bertemu di balai polis.

Segalanya bermula apabila salah seorang kembar itu, Wang Hui menemui pegawai polis bertugas di daerah Hangzhou Fuyang.

Ketika itu, Zhao Hangen sedang bertugas di sebuah stesen bas di wilayah Zhejiang itu.

Katanya, Wang Hui yang bekerja di stesen bas berkenaan menemuinya dan memaklumkan nalurinya kuat menyatakan adik kembarnya tinggal di daerah sama.

Katanya, wanita itu hanya tanya dia mempunyai saudara kembar tetapi mereka terpisah kerana kemiskinan keluarga apabila diserah kepada keluarga angkat ketika berusia 16 hari.

Menurut wanita itu lagi, dia terpanggil untuk mencari kembarnya apabila beberapa bulan lalu, seorang penumpang memberitahu dia telah bertemui seorang wanita di Hangzhou yang usia dan penampilannya sama seperti dirinya.

Susulan itu, Zhao yang bertugas di balai polis berdekatan mengambil inisiatif meneliti pangkalan data penduduk daerah itu.

"Tentunya kembar Wang Hui lahir pada tarikh sama dan penampilannya juga serupa, jadi saya telah meneliti semua gambar pada pangkalan data itu melibatkan wanita yang lahir pada tarikh sama dengan Wang," katanya.


Menurutnya, lebih 280 wanita lahir pada tarikh sama dan selepas meneliti semua gambar mereka akhirnya Zhao menemui kembar Wang Hui sehari kemudian.

Dikenali sebagai Wu Li, kembar kepada Wang Hui mengakui tahu dia mempunyai saudara kembar yang juga tinggal bersama keluarga angkat tetapi tidak tahu di mana dia berada.

Wu tinggal di Hangzhou, kira-kira 32 kilometer dari rumah Wang.

Kini, kedua beradik kembar ini ada misi untuk dicapai, iaitu mencari ibu bapa kandung mereka.-SouthChinaMorningPost

Tags / Kata Kunci: Wang Hui , Wu Li , Hangzhou
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan