Kecoh, Guru Beri Penyu Makan Anak Anjing - Berita Dunia | mStar

Kecoh, Guru Beri Penyu Makan Anak Anjing

Diterbitkan: Sabtu, 17 Mac 2018 10:46 AM

(Ubah saiz teks)

SEBUAH sekolah rendah di Idaho mendapat perhatian penduduk setempat dan pertubuhan perlindungan haiwan selepas seorang guru biologi telah memberi penyu peliharaan di situ memakan anak anjing.

Insiden itu telah dilaporkan media tempatan, East Idaho News baru-baru ini dan menyebabkan kesihatan penyu berkenaan terjejas.

Guru lelaki berkenaan dikenal pasti sebagai Robert Crosland.

Lebih memburukkan keadaan apabila guru berkenaan memberi anak anjing sakit sebagai makanan penyu itu.

Susulan itu, pihak berkuasa tempatan terpaksa menamatkan hayat penyu berkenaan.

Polis tempatan memberitahu, kejadian itu juga menyebabkan sekolah berkenaan menerima ugutan daripada pelbagai pihak.

Segalanya bermula apabila ada dalam kalangan ibu bapa yang mendakwa Crosland melakukan perbuatan itu sambil disaksikan anak muridnya.

Bagaimanapun, pihak sekolah tampil menjelaskan kejadian itu berlaku selepas waktu sekolah.

Pelajar dan bekas pelajar sekolah itu turut mendedahkan, sebelum ini guru berkenaan pernah memberi makan tikus dan hamster kepada penyu dan ular di kelasnya.

Setakat ini, kejadian ini masih dalam siasatan pihak berwajib.-SouthChinaMorningPost

Tags / Kata Kunci: Crosland , Idaho , turtle
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan