Ibu Mabuk Pandu Kereta Pancit Empat Tayar Ditahan Polis - Berita Dunia | mStar

Ibu Mabuk Pandu Kereta Pancit Empat Tayar Ditahan Polis

Diterbitkan: Sabtu, 17 Mac 2018 5:55 PM

Hak cipta gambar oleh Scripps Media.

(Ubah saiz teks)

POLIS di Port St. Lucie, Florida, Amerika Syarikat menahan seorang wanita yang memandu kenderaan yang keempat-empat tayarnya pancit dan di bawah pengaruh alkohol serta turut membawa seorang anak kecil bersamanya.

Seorang pegawai melaporkan, So Pak, 39, ditahan selepas mendapati wanita itu memandu kenderaannya dengan halaju lima ke 10 batu sejam di atas jalan raya.

Kata pegawai itu, mereka memerhatikan kenderaan terbabit menghampiri sebuah persimpangan NW Bayshore Boulevard dan NW Placid Avenue pada pukul 11.30 malam, 7 Mac.

Keadaan satu daripada empat tayar kereta Pak yang pancit. 

Pegawai itu turut berkata di dalam laporan yang dibuat, mereka terhidu bau alkohol dari kenderaan Pak, sementara wanita terbabit mendakwa tiada apa yang tidak kena dengan kereta yang dipandunya.

Seorang kakitangan di Circle K, NW Bayshore Boulevard cuba menghubungi polis dan mendakwa wanita berkenaan masuk ke sebuah kedai dan mungkin sedang mabuk sebelum beredar.

Pak gagal ujian pernafasan dan dibawa untuk penahanan, kata pegawai tersebut.

Pak turut didakwa dengan kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol dan mengabaikan kanak-kanak.

Dia kemudian dibawa ke lokap St. Lucie sebelum dibebaskan dengan jaminan. - Abc Action News

Tags / Kata Kunci: tayar pancit , mabuk
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan