Aceh Nafi Pelaksanaan Hukuman Pancung - Berita Dunia | mStar

Aceh Nafi Pelaksanaan Hukuman Pancung

Diterbitkan: Sabtu, 17 Mac 2018 8:31 AM

Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

HANYA beberapa hari selepas disiarkan hasrat pentadbiran wilayah Aceh untuk melaksanakan hukuman penggal kepala ke atas pesalah kes bunuh, pihak berkuasa syariahnya tampil menafikannya.

Ketua Bahagian Syariah dan Hak Kemanusiaan, Agensi Syariah Aceh, Syukri Yusuf menegaskan beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan itu.

Pada Jumaat, katanya, perkara itu berkaitan perundangan qisas.

"Saya tidak pernah kata Aceh akan melaksanakan hukuman pancung. Apa yang saya katakan mengenai rancangan untuk menjalankan kajian, untuk memastikan sama ada penduduk Aceh setuju untuk melaksanakan qisas," katanya.

Qisas adalah kesamaan dan adil di mana hukuman terhadap individu terlibat ditetapkan mengikut kesalahan jenayah yang dilakukannya, misalnya pesalah melakukan perbuatan membunuh  akan dihukuman berkenaan.

Menurutnya lagi, dia bercakap mengenai qisas atas kapasiti peribadinya sebagai seorang yang mempunyai pengetahuan berhubung perkara itu, bukan mewakili pentadbiran Aceh.

Berita mengenai perancangan Aceh tersebar meluas di seluruh dunia dengan memetik Syukri sebagai sumber utama."Setakat ini, kajian mengenai qisas yang dijalankan pentadbiran Aceh masih belum lengkap," katanya, -JakartaPost

Tags / Kata Kunci: Acheh , pancung
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan